Sofea Loyalty merupakan kaedah yang digunakan Klinik Sofea untuk memberikan manfaat kepada pelanggan setia Klinik Sofea.
Sofea Loyalty ditubuhkan berdasarkan pemerhatian daripada kami yang mendapati bahawa pelanggan/pesakit kerap berkunjung untuk mendapatkan rawatan di Klinik kami. Maka, Sofea Loyalty adalah salah satu alternatif bagi memberikan pulangan ganjaran bagi individu yang setia menggunakan perkhidmatan kami!
Tujuan kami adalah menyediakan kemudahahan dan memberikan pulangan ganjaran kepada pelanggan setia yang mendapatkan perkhidmatan dan rawatan di Klinik Sofea.
Dengan adanya pulangan ganjaran, anda bakal menikmati faedah dan potongan harga daripada rawatan dan pemeriksaan di Klinik Sofea!